aku memerhati. aku menyelidik.
kertas kuning yang di conteng dengan pelbagai corak dan di tampal di dinding. bekas minuman yang dijadikan sebagai tempat alat tulis. Berus lukisan yang sudah berhabuk yang di susun rapi, barangkalisudah lama aku tidak menggunakannya. Kotak kosong yang bertulis kotak hati dan diatasnya seorang budak perempuan. Bekas cakera padat dari kugiran RUMI dan disitu ada ternyata, 'Ditelunjukmu itu ada rumi kerana aku juga mereka punya rasa, punya naluri'. Dan juga beberapa helai kertas yang berisi tulisan. aku lihat sekeliling.
aku rebah, melihat dunia yang sedang kita diami ini. Melihat gelagat orang atasan. aku pelik. mereka sama bangsa, sama warna kulit, udara yang kita hirup setiap hari sama saja. tapi, masing masing punya ego yang tinggi sehingga ingin menjatuhkan maruah orang lain. Kita siapa untuk memberi hukuman? kita tiada hak. dunia ini bukan kepunyaan kita. kita mempunyai undang undang yang perlu dipatuhi.
Hanya propaganda saja mengatakan,
rakyat Malaysia berbilang kaum, bersatu padu. Bagaimana generasi akan datang ingin bersatu padu, berkerjasama ? lihat lah kita. sedangkan kita sering mementingkan diri.
maaf, bersemangat sekejap.


No comments:
Post a Comment