twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

19 October 2012

New new

Aku tinggalkan segalanya di sini. Pergi menulis pada yang baru. Masih harum dengan kisah seram.

epphh.blogspot.com

Saja buat baru.

21 August 2012

SHRMZB

Beberapa bulan yang lepas aku rasa semuanya palsu. Lakonan semata-mata. Termasuk bulan ini juga aku masih merasakan yang sama. Apa tidak pernah ada secalit rasa cinta?

26 July 2012

Jamboree

Malam itu kamu hadir lagi
Memandang bulan dan bintang
Aku mahu terus di sini
Menantikan kamu.


Dua minggu lepas aku pergi jauh dari semua orang, cuba berfikir secara rasional  di sana. Hari-hari aku di sana indah, terlalu indah. Jadi aku balik Malaysia, betulkan semua  jalan yang aku tersalah langkah. Maafkan aku, kerana lari dari  kedudukan aku yang sepatutnya dan aku juga maafkan engkau yang mungkin masih tidak mahu berbicara. Buat kamu pula, jangan risau. Aku tidak akan kejar kau sampai kau terpaksa lari dari aku. Aku simpan perasaan ini selama mana yang aku boleh simpan dan mungkin bila satu hari nanti, segalanya semua dah selesai aku akan buang perasaan itu perlahan-perlahan untuk kamu hidup dan aku juga.



01 July 2012

Aku nak tinggal semuanya dekat belakang. Aku nak lari lagi.

Julai Ini

Kekadang aku rasa macam nak lari. Biarkan mereka sentiasa mencari aku, siang dan malam. Lihat gelagat diaorang. Malam tadi aku pack semua baju masukkan ke dalam beg, dengan senyap dan perlahan aku ambil passport, duit, telefon bimbit, buku nota, alat alat tulis. Malam tadi juga aku dah sedia nak keluar dari rumah bersama sama dengan basikal aku sendiri.

Aku nak pergi dari sini, berada dengan orang yang aku tak kenal. Aku nak pergi ke pantai dan berenang seorang diri sejauh-jauhnya. aku nak menjerit, bangun pagi dengan suasana yang sepi. aku mahu terus pergi jauh.


 Aku tahu yang aku tak boleh.Jadi aku letak balik basikal dan barang barang aku yang lain ke tempat asal, dan keesokan harinya perilaku aku semuanya di kritik dan aku cuma boleh senyum sedangkan hati rasa mahu pergi dari sini.