twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

01 July 2012

Julai Ini

Kekadang aku rasa macam nak lari. Biarkan mereka sentiasa mencari aku, siang dan malam. Lihat gelagat diaorang. Malam tadi aku pack semua baju masukkan ke dalam beg, dengan senyap dan perlahan aku ambil passport, duit, telefon bimbit, buku nota, alat alat tulis. Malam tadi juga aku dah sedia nak keluar dari rumah bersama sama dengan basikal aku sendiri.

Aku nak pergi dari sini, berada dengan orang yang aku tak kenal. Aku nak pergi ke pantai dan berenang seorang diri sejauh-jauhnya. aku nak menjerit, bangun pagi dengan suasana yang sepi. aku mahu terus pergi jauh.


 Aku tahu yang aku tak boleh.Jadi aku letak balik basikal dan barang barang aku yang lain ke tempat asal, dan keesokan harinya perilaku aku semuanya di kritik dan aku cuma boleh senyum sedangkan hati rasa mahu pergi dari sini.

No comments:

Post a Comment