twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

16 July 2011

malam ini

malam ini, aku rasa lain. jauh beza dari hari hari sebelum ini. kali ini aku menulis tanpa sebarang pen mahupun kertas. secara spontan kononnya. hari ini aku rasa sepi membisu. aku mula rasa sedih. hampa. kecewa atas semua perkara tanpa sebab. aku seperti seorang yang tak berguna. rasa bodoh sangat. aku mula rasa tiada siapa peduli tentang hal remeh temeh. tapi aku peduli. aku peduli tentang kau. tentang kita.

maaf, bukan tentang kita lagi. maksud aku tentang kita selepas apa yang terjadi. kau tahu? aku rasa menyesal mengambil setiap langkah. aku rasa nak tidur. tidur yang panjang dan bila aku bangun. semuanya hilang di bawa angin. kali ini aku rasa nak jadi kanak kanak lagi. apa yang difikirkan cuma mainan. aiskrim. layang layang.

setiap titisan air mata yang keluar, tiada siapa aku faham. aku perlukan seseorang.

2 comments: