twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

17 June 2012

Bapa

Dulu, waktu aku baru nak masuk ke alam persekolahan, ayah pernah cakap dengan aku. 'Nanti dah masuk kelas, pilih tempat yang depan sekali tau. kena pandai cari kawan'. Itu semua masa kecil. Lama kelamaan aku makin jarang berbual dengan dia, segala urusan sekolah aku pergi pada emak dan sampai satu masa tu aku terasa janggal bila ayah peluk aku.

Apa perlu rasa janggal dan pelik? Dia seorang ayah dan aku tak patut ada perasaan seperti itu. Mungkin ayah bukan selalu luangkan masa dengan aku dan mungkin dia bukan seperti bapa yang lain yang akan memberikan hadiah pada anaknya tapi aku bersyukur kerana dia. Walaupun ayah bukan seorang yang bagi aku duit untuk duit saku sekolah tapi aku tahu dia cuba sedaya upaya untuk berikan anaknya segalanya. Bagi aku kesungguhannya sudah cukup untuk aku.
 
Ya, aku tak pernah salahkan dia kerana tidak selalu berada di rumah. Aku sayangkan dia, dan aku tak mahu apa apa pun berlaku dalam keluarga kita yang makin membesar. Selamat hari bapa.

Dari anak perempuanmu, eipah.

No comments:

Post a Comment